Salah satu dari beranika hobi yang boleh mengisi ruang-ruang hidup ini dengan menikmati ragutan, sentapan dan pertarungan untuk merentap baki kehidupan menjadikan ia rezeki diri.
Friday, December 31, 2010
PERBEZAAN ANTARA IKAN TEBAL PIPI DAN GEGERUT
Ada yang menyatakan bahawa ikan TEBAL PIPI dan GEGERUT itu adalah sama. Sebenarnya ia adalah dua ekor ikan yang berbeza, walaupun mempunyi bentuk badan dan rupa yang hampir sama. Dari segi warna,walaupun ia mempunyi warna perak yang hampir serupa tetapi kalau diperhatikan dengan teliti Tebal Pipi mempunyi warna kekuningan sedikit pada sisiknya, lebih-lebih lagi pada sirip bawah dan di sebelah bawah ekornya, dimana Gegerut mempunyi sisik, sirip dan ekor berwarna putih ( perak ).Kelainan yang ketara bagi kedua ekor ikan ini ialah PIPINYA. Tebal Pipi mempunyi tulang pipi yang menimbul ( dari sini namanya diperolehi ) memanjang sedikit manakala Gegerut tiada, biasa sahaja pipinya. Pertengehan Nov 2010, ketika terip memancing waktu air mati, nak di jadikan rejeki empat ekor Tebal Pipi menjadi habuan ketika memancing di sekitar laut depan Sungai Gelam, berat sekilo hingga hampir dua kilo. Boleh dikatakan hanya tinggal kawasan ini sahaja yang boleh di pancing Tebal Pipi di kawasan Pantai Remis. Di tempat- tempat lain sudah tiada, cuma jarang -jarang sekali ikan ini memakan umpan, ini kerana ektiviti memukat yang keterlaluan, ditambah dengan pukat harimau tarik tepi.Nak dijadikan cerita, pada terip memancing penghujung Dec 2010, seekor Gegerut yang beratnya 11/2 kilo telah menjadi habuan ketika terip memancing di tukun lama. Jarang sekali dapat sebesar itu, yang biasa sebesar tapak tangan sahaja. Seingat, ini merupakan kali pertama dalam beratus terip memancing sekitar Pantai Remis.Jadi dapatlah pos gambar untuk perbandingan diantara kedua ekor ikan tersebut. Sekian sehingga bertemu dilain coretan berkaitan memancing.
Subscribe to:
Posts (Atom)